Universiti Malaysia

15 08 2008

Jikalau hari ini ada seseorang mencadangkan, “10% daripada kuota kemasukan pelajar UiTM diberi kepada pelajar dari luar negara”, apakah reaksi anda?

Kali ini aku teringin nak kaitkan dengan tindakbalas kimia. Katakan sebanyak 100g suatu unsur dimasukkan ke dalam balang dan kemudian dipanaskan untuk menerbitkan suatu unsur baru yang lebih tulen dan berkualiti. Tindakan ini biasanya mengambil masa yang lama.

Suatu kaedah baru dibuktikan apabila sebanyak 10% daripada kuantiti unsur digantikan dengan pemangkin, ia dapat mempercepatkan proses tindak balas kimia itu. Jadi apa salahnya kita menggunakan kaedah baru ini kan? Kita dapat mempercepatkan tindakbalas 90g unsur tersebut.

Kali ini aku ingin samakan kaum Bumiputera sebagai keluli, dan bukan Bumiputera sebagai karbon. Campuran sedikit karbon kepada keluli boleh menguatkan lagi struktur keluli berkenaan. Product maker yang bijak akan memilih untuk menghasilkan keluli karbon (carbonized steel) berbanding keluli asli itu sendiri. Product maker yang kurang bijak masih kekal di takuk lama. Menghasilkan produk keluli asli yg kualitinya bukanlah sesuatu yg sangat boleh dibanggakan berbanding keluli karbon.

Ini suatu kenyataan yang kita rakyat Malaysia perlu terima: sebahagian daripada rakyat kita masih bersikap racist. Racist kepada bangsa yg menjadi pekerja kelas bawahan di Malaysia dan racist kepada bangsa lain yg sama2 warganegara Malaysia. Cerminlah diri kita sendiri dan lihatkan kebaikan dan kelemahan kita baru kita boleh menilai orang lain. Apa salahnya kita membuka sedikit ruang untuk mempertingkatkan persaingan dalam menghasilkan sesuatu yang lebih berkualiti.

Malaysia ada pelbagai unsur2 yang kalau bijak digabungkan dapat menjadi satu sebatian yang sangat kuat, hebat dan berkualiti. Cuma pemerintahnya masih belum menemui formula yg betul2 mantap untuk menggabungkan unsur2 itu menjadi sebatian yg hebat dan boleh dikagumi dunia. Aku yakin pasti ada hikmahnya kenapa unsur2 ini ditemukan di Malaysia. Allah maha mengetahui atas tiap2 sesuatu di muka bumi ini.

-eksperimen tamat-

(100 tahun dahulu di Amerika, mereka pernah mewujudkan “Sekolah dan Universiti hanya untuk Orang Putih”. Mentaliti Malaysian kini satu kurun di belakang American.. -no offence-)


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: