monolog 08/17

16 08 2008

Hidup ini lebih bermakna apabila setiap hari ada perkara baru yg dapat dialami dan dipelajari setiap hari. Berdepan dengan permasalahan dan situasi yg dihadapi oleh diri sendiri mahupun orang lain di sekeliling kita. Banyak yg aku pelajari dari insan2 hebat di sekeliling aku.

Apakah yg dimaksudkan dengan orang yg hebat?

Adakah kehebatan seseorang itu dapat diukur dengan luaran. Bergaya untuk kelihatan hebat tetapi tidak kena dengan keupayaan diri. Menang bergaya sampai poket kosong. Dan berasa hebat apabila diri sudah berpangkat engineer dan memiliki ijazah dari universiti tempatan mahupun luar negara. Berasa hebat menjadi orang bandar yg kaya apabila berborak dengan orang di kampung yg miskin. “Hari itu dekat golf course Gua Niah saya pukul bola golf masuk je dalam gua pastu burrrr kelawar terbang keluar dari gua tu”. Mahupun “Paklah tu kawan baik saya tu, dulu kami biasa keluar memancing sama2”, dan sebagainya. Pendek kata, mereka show off untuk kelihatan hebat di mata orang lain.

Ataupun mereka yg hanya bergaya sederhana sahaja, sedangkan dia seorang yg kaya dan mendermakan banyak hartanya ke jalan kebajikan. Bila bercakap bukan dengan meninggi diri, sebaliknya penuh dengan ilmu dan hikmah, nasihat yg boleh dijadikan panduan untuk berjaya di dunia dan di akhirat. Mereka tidak menunjukkan kemewahan diri untuk dipandang hebat oleh orang lain.

Orang yg merendahkan dirinya dan kedudukannya di antara sesama manusia adalah orang yg tinggi kedudukannya di sisi Allah s.w.t. Aku hendak buang sifat tipikal Melayu yang suka bergaya dan bercakap meninggi diri dalam diri ini..

(Apa pandangan kamu tentang sebahagian dari muslim yg berpakaian lusuh/compang camping, tampak tidak terurus, jauh sekali bergaya? Mereka katakan mereka zuhud. Terpulang pada interpretasi mereka mengenai zuhud, tp mereka tidak menggambarkan imej yg baik mengenai Islam kepada yg bukan Islam. Bagaimana orang mahu menerima ajaran Islam yg disampaikan mereka kan?)


Actions

Information

2 responses

16 08 2008
Anonymous

xmo jd datin dah..

18 08 2008
Anonymous

aku suka statement ko yg last tu…kalau kita mampu, apa salahnya beli kereta mahal-mahal siket..bukannya nak membaga diri….bersederhana pun ada hadnya..kalau dah compang camping n selekeh walhal mampu berpakaian yg lebih baik, zuhud ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: