Lelaki Berkualiti

20 08 2008

Aku masih terkenangkan nasib seorang gadis yg umurnya hampir menjelang 30-an, yg bersedih akan dirinya yang berat jodoh. Beliau telah mencapai segala impian yg diingininya, kecuali satu: bertemu jodoh untuk dikahwininya.

Dari kisah yg diceritakannya, nampak seperti sangat sukar bertemu dengan lelaki yg berkualiti. Lelaki yg solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, tidak minum arak dan tidak main perempuan. Hanya itu syaratnya. Banyak kali beliau bertukar tempat kerja untuk menukar suasana hidupnya, tetapi keadaannya masih sama. Hidup dalam golongan lelaki yg tidak memiliki kualiti yg diinginkan. Banyak doa dan usaha telah dilakukan, tetapi keadaan tetap sama. Lelaki sebegitu yg berada di sekelilingnya. Agak besar dugaan Allah pada beliau ini.

Kadang2 aku terfikir, kenapa agaknya orang kita berbangga menjadi rakyat Malaysia, tetapi tidak berbangga menjadi seorang Muslim. Ada antara mereka pernah berkata pada aku, “Kita kena berusaha, tunjukkan sikap (kualiti) orang Malaysia pada orang Jepun”, yg sebenarnya aku kagum dengan semangatnya yg sebegitu, tetapi tidak pernah sekalipun keluarnya dari mulutnya untuk menyuruh aku menunjukkan imej Islam yg betul kepada orang Jepun… Dia orang yg baik, tetapi dia tidak solat dan minum arak, sedangkan isterinya yg baru memeluk Islam (japanese) solat.

Jika kita hidup di luar negara, kita akan sedar, bahawa menjadi seorang yg beragama Islam adalah suatu kelebihan untuk kita. Sekiranya kita percaya, yakin dengan Allah dan mematuhi suruhan dan larangannya, usaha kita separuh dari usaha orang bukan Muslim pun kita dapat mencapai kejayaan yg sama. Orang bukan Muslim perlu berusaha bersusah payah untuk mencapai sesuatu, sedangkan orang Islam dipermudahkan segala urusan untuk mencapai sesuatu itu. Dan Allah memberi mereka ilham dan petunjuk kepada penyelesaian untuk segala permasalahan yg timbul. Islam banyak mengajar manusia mengenai erti kehidupan, yg mana ramai antara kita tidak menyedarinya atau mengendahkannya. Islam adalah anugerah terbesar dalam kehidupan, tetapi sayangnya ramai yg tidak memanfaatkan sebaiknya.

“Lantaklah aku nak buat apa yg aku suka, kau apa sibuk”. -Lelaki dilahirkan berserta satu tanggungjawab: menjadi pemimpin. Bayangkan jika kita seorang lelaki yg menjadi ketua keluarga dan tidak mengajar atau memimpin anak isteri dengan didikan agama, siapakah yg perlu dipersalahkan jika anak isteri kita akhirnya hidup melacur, menghisap dadah dan menamatkan hidup mereka di dalam penjara mahupun di atas jalan raya. Berpunca dari kegagalan seorang lelaki menjadi ketua keluarga. Dan bayangkan juga jika negara Malaysia dipimpin oleh mereka2 ini juga. Negara boleh menjadi huru hara, pembangunan negara terencat, nasib anak2 generasi akan datang terabai di atas tangan2 mereka. Mungkin ada yg boleh memahaminya jika melihat fenomena yg berlaku di Malaysia sekarang ini.

Di manakah lelaki2 berkualiti untuk dinaikkan sebagai pemimpin? Kita tanyalah pada diri kita sendiri.

Maruah seorang lelaki letaknya di atas kekuasaannya memimpin dan menentukan tindakan yg betul ke atas sesuatu hal. Dan tidak salah rasanya aku katakan lelaki2 yg gagal memimpin ke jalan yg betul ini adalah lelaki yg dayus.

Lelaki, di mana letaknya maruahmu?


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: