monolog 8/25

24 08 2008

Agak sekian lama aku tidak mengupdet blog ini. Tiada apa yg hendak ditulis sebenarnya. Dalam beberapa hari ini aku kesesatan. Setelah agak lama berlari, langkah aku terhenti. Menoleh ke belakang melihat jejak2 yg aku tinggalkan.. Adakah aku berada di trek yg betul?

Jawapannya, aku berada di trek yg salah. Sebab itu kebelakangan ini hati aku terasa serba tak kena. Salah dalam membuat keputusan, salah memberi maklumat yg tidak betul mengenai Islam kepada mereka yg Islam dan bukan Islam.

Antara maklumat yg tidak betul itu, ada seorang bertanya, “Apa hukum pakai tudung, wajib ataupun sunat?”. Jawapan aku, “Dalam Quran ada ayat yang mewajibkan kita memelihara aurat (dan aurat itu bukan sekadar rambut sahaja, suara dan tingkah laku), TAPI.. (selepas itu aku telah buat huraian yg tidak tepat buat mazhab sendiri, kerana peraturan Islam bukanlah selonggar itu..)

Dan antara lainnya, penjelasan aku mengenai konsep pemikiran orang yg mempercayai tuhan seperti orang Melayu dan konsep pemikiran orang yg tidak percaya tuhan, seperti orang Jepun (umumnya). “Apa yg orang Jepun percaya, kejayaan itu hanya akan datang dengan usaha sungguh2 yg tidak mengenal putus asa. Orang Melayu pula, untuk mencapai sesuatu kejayaan, kita usaha sampai ke suatu tahap, dan selebihnya kita serahkan sahaja kepada Allah.” -“..sebab mereka percaya Tuhan akan tolong dia ke?” orang Jepun itu mencelah.

Dan aku teruskan dengan penjelasan aku berdasarkan pengalaman aku. “Mula2 aku sampai di Jepun, begitulah konsep fikiran aku, sama seperti mereka yg lain. Tetapi kegagalan demi kegagalan dalam peperiksaan membuatkan aku sedar, yg sebenarnya kita tidak boleh menghadkan usaha kita. “Usaha sampai takat ni je sudahla, selebihnya tawakkal jelaa.” Itu silap, kerana konsep sebenar mengenai usaha dan tawakkal yg aku sedari sebenarnya ialah usaha yg bersungguh hingga termampu dan selepas itu tawakkal kepada Allah. Success is 99% hard work and 1% luck. Yang membezakan kita dengan orang bukan Islam yg lain ialah kita lebih mudah memiliki 1% itu. Seorang Muslim berusaha sama banyak dengan seorang yg bukan Muslim, tetapi si Muslim itu lebih mudah mendapat kejayaan kerana diberi bantuan kepada Allah.

Konsep pemikiran ini tidak sampai kepada orang2 di negara Islam, yg rata2 nya negara dunia ketiga yang miskin. Kalaupun ada yg kaya, adalah kerana kaya dengan sumber hasil bumi. Sifat pemalas itu memang sifat semulajadi manusia, tetapi suasana sekeliling kita yg mengajar kita untuk rajin berusaha. Orang Jepun kena berusaha bersungguh2 untuk berjaya kerana orang2 Jepun lain di sekelilingnya semua berusaha bersungguh2. Tetapi kesungguhan sebegitu belum dapat diwujudkan dalam negara kita. Jika kita tidak berusaha membangunkan ekonomi diri dan negara kita, sampai bila2 pun kita masih berada dalam kemiskinan. Jangan cepat berasa cukup dengan apa yg kita dapat, kerana sebahagian yg kita miliki itu bukan untuk kita. Ianya untuk membangunkan negara dan rakyatnya. Membasmi kemiskinan, merapatkan jurang kekayaan.

-Rasanya aku memberikan maklumat yg betul mengenai Islam pada si Jepun ini. TAPI.. keputusan yang salah aku lakukan ialah, aku ponteng Solat Jumaat untuk makan tengahari bersama si Jepun ini-


Actions

Information

One response

25 08 2008
mE™

erkkkss aperkah monolog ko nih??memule dh mcm terkagum tapi…biler sampai part last..adus…aku mampu senyum jer lh kn..hhuhuhu niat dh beik dh tu…gambate..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: