Ditangguhkan

3 12 2008

Nampak gayanya blog aku ini terpaksa ditangguhkan proses kemaskininya buat sementara waktu, bagi memberi ruang untuk menstabilkan hidup aku yg agak huru hara lagi. Aku sudah hilang waktu pagi untuk berehat depan komputer membaca berita online sambil minum minuman panas, aku tiada lagi hari petang untuk sekurang2nya keluar dari rutin harian hidup aku sekali sekala, dan aku tiada lagi malam yg panjang untuk mengetahui apa yg berlaku di luar “dunia” aku. Tiba di rumah lewat maghrib, menguruskan hidup dalam 2-3 jam dan sudah mencari2 katil bila jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.

Sambil2 aku mencari ruang untuk keluar dari cycle of life seorang workaholic ni, aku dengan rasminya ingin menangguhkan “pembinaan” pondok biru ini. Rasa agak terkilan juga di hati bila idea dalam kepala mencurah2 untuk menulis, tetapi ruang yg ada ada mendukacitakan aku. Doakanlah semoga aku masih terus kebal, untuk hidup dengan orang yg sanggup menghabiskan harinya dengan kerja, dan menjadi salah seorang daripadanya, secara paksa rela.

Akhir kata, blog ini ditangguhkan ye, bukan terbengkalai. Terima kasih atas sokongan. Aku akan kembali menulis bila tiba masanya..


Actions

Information

One response

8 12 2008
Suka Biru

Beskal Biru, nk menulis bukan hanya di blog sahaja. Kat kertas pun boleh.Mana tahu, kalau berjaya nanti boleh terbitkan buku…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: