Bercouple vs Berteman

27 02 2009

Bercouple dan berteman. Jika diperhalusi maknanya membawa kepada 2 konteks yg berbeza. Apa bezanya?

Couple. Berpasangan. Perkataan itu sahaja cukup menggambarkan hidup 2 orang yg berkongsi hidup bersama. Dalam hidup itu cuma wujud 2 pihak saja, “sang arjuna” dan “sang dewi”nya. Persepsi masyarakat kita bila melihat sepasang couple jalan bersama seolah2 mereka ini jangan diganggu. Biar couple ini dengan dunia mereka. Membiarkan mereka berdua ini hidup bagai pasangan suami isteri. Mengabaikan hukum halal dan haram. Tidak tergamak untuk dikatakan bercouple ini merupakan satu cara untuk memuaskan keinginan fizikal seorang lelaki dan si perempuan pula menuruti kata si lelaki atas alasan terlalu sayangkannya. Couple bukanlah cara yg baik untuk menunjukkan rasa sayang, kerana sekali tersilap langkah, padah sepanjang hayat.

Teman. Ditemani. Tuntutan mental-emosi kita untuk mempunyai teman. Teman untuk berkongsi suka dan duka, teman yg saling mencurahkan idea untuk mengatasi sebarang masalah, teman untuk memandu kita ke arah jalan yg diredhai oleh Allah, teman yg sentiasa membuatkan hidup sentiasa penuh, sentiasa lebih bermakna. Berteman lebih membawa kepada konsep hubungan sosial yg lebih terbuka dan terkawal. Bukan untuk memenuhi hawa nafsu, tetapi lebih kepada memenuhi tuntutan mental emosi. Berteman lebih mudah untuk kita ekspresikan rasa sayang kita. Berteman adalah satu konsep pemikiran yg boleh memecahkan mentaliti masyarakat kita yg lebih cenderung kepada konsep berkawan dan berpasangan. Tidak lupa juga konsep “kekasih gelapku” yg merujuk kepada “spare lover”. Konsep berteman itu masih canggung di kalangan masyarakat kita.

Bagi sesiapa sahaja yg berasa perlukan teman, anda normal. Bertemanlah. Tapi pesan aku, jauhilah bercouple sebelum kawin. 2 istilah ini masing2 membawa kita kepada 2 matlamat sesuatu perhubungan yg berbeza. Syurga di tangan kananmu, neraka di tangan kirimu. Pilihlah.


Actions

Information

2 responses

2 03 2009
ShafiQ

Macam artikel lama je tapi bagus untuk peringatan. Sementara tu, mntk pndgn ntuk komen terbaru kat proton exora tu.

4 03 2009
nabihah

btol gak ckp ko.aku rase cam tu gak.pada aku,cinta hanya untuk Allah sahaja.pada manusia hanyalah perasaan sayang je.sebab ni semua ujian Allah utk kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: