Kabel besar Atas angin

9 03 2009

Alkisah 2 cerita dalam satu kisah kali ini.

Babak 1:

Ketika 2 orang Bangladesh sedang melawat kilang yg membuat sebuah produk kebangsaan kita yg ingin dipasarkan di negara mereka, mereka ternampak 2 orang pekerja Bangladesh yg bekerja di kilang itu sebagai tukang cuci sedang berjalan melintasi mereka. Mereka dimaklumkan oleh pengiring mereka bahawa 2 org yg mereka lihat itu orang Bangladesh.
Salah seorang itu bertanya, “Bangladeshi?” Kemudian bagaikan jejak kasih, mereka begitu teruja bertemu satu sama lain. Berbual dalam bahasa mereka, mengenai pelbagai perkara. Rupa2nya salah seorang antara mereka mengadu bahawa gaji mereka sepatutnya adalah RM1000, tetapi hanya menerima RM600 sahaja.

Mesej yg ingin aku bawa dari cerita ini ialah mengenai gaji mereka yg hilang di atas angin. Syarikat ini menyerahkan tugas pembersihan kepada kontraktor. Entah kenapa pekerja asing ini tidak mendapat bayaran sepenuhnya dari kontraktor. Adakah hilang di tangan ejen yg amik untung atas angin? Wallahualam.

Begitu juga berlaku dalam bisnes di Malaysia ini. Barang2 yg kita beli ini menjadi mahal kerana melalui orang tengah, bukan dari pembekal asal. Lagi banyak orang tengah, lagi mahal harganya. Itu yg biasa kita lihat dalam hidup kita. Di IPT contohnya, equipment yg pada asal harganya x semahal mana menjadi sangat mahal kerana wujud orang2 tengah ini. Begitu juga di mana2 kilang- equipment, sistem dan supplier parts menjadi mahal kerana begitu ramai orang tengah. Itulah sikap orang kita, suka amik untung atas angin. Jangan merungut jika harga barang untuk high end user macam kita ini naik, kerana untung atas angin ini sudah jadi darah daging kita.

Babak 2:

“Alangkah baiknya kalau aku ada kabel besar untuk nak dapat kerja nih”

Budaya kabel besar. Kalau tiada kabel, susah nak dapat sesuatu. Tak kiralah peluang untuk kerja dalam kerajaan terutamanya mahupun swasta, ataupun untuk menikmati pengajian ke sekolah/IPTA. Ada juga yg percaya kalau ada kabel besar, gaji pun dapat lebih besar dari biasa. Jelas budaya kroni ini akan berjaya melahirkan buaya2 besar dalam negara. Makan kenyang2 pastu tido. X buat kerja. Tiada siapa boleh kacau buaya2 ini. Seekor buaya hendak menegur perbuatan salah yg lain, buaya itu juga sama disuapnya hingga kenyang dan tidur lena. Kepentingan diri sendiri lebih dari kepentingan negara. Apakah kualiti yg kita ingin lihat dalam diri setiap rakyat Malaysia jika hakikatnya inilah yg sedang berlaku dan berakar umbi dalam hidup kita.

Aku tak pernah mengharap kabel2 ini untuk melangkah terus ke depan. Pada aku, rezeki semuanya di tangan Allah. Biarlah rezeki aku dapat itu tidak sebesar mana, asalkan dijamin halal dan diterima atas usaha kita. Biarlah rezeki yg kita dapat itu adalah hak yg sepatutnya kita dapat. Bukan hak orang lain yg kita ambil hanya untuk kepentingan diri sendiri. Hari ini kita senang atas kesusahan orang lain. Akhirat nanti dapatlah balasan yg bertimbal balik dengan apa yg kita lakukan di dunia. Nauzubillahi min zalik.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: