Visi Emas

14 05 2011

Bilakah semua kebinasaan yg dilakukan manusia ini akan berakhir?

Di manakah titik keseimbangan antara kehancuran akhlak manusia yg melanggar fitrah (suara hati)nya dengan sebuah pembinaan semula akhlak / penyempurnaan jiwa manusia?

Seperti fenomena yg berlaku sekarang,

“Yg melanggar peraturan merasakan dirinya hebat. Yg berbuat jahat terus dibiarkan berlaku. Yg berkuasa bertindak zalim menindas yg lemah. Yg melihat hanya bercakap. Bila terkena batang hidung sendiri br melatah nak bertindak.” – setuju tak?

Di manakah letaknya keadilan? Keadilan itu letaknya pada orang yg berkuasa. Jika zalim orang yg berkuasa itu maka terhakislah keadilan dan wujudlah penindasan.

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagai­ma­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengang­kat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekha­lifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fit­nah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah ke­hen­daki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pe­nin­dasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berla­ku­lah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekha­lifahan (Imam Mah­di dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
(Riwayat Ahmad)

Kita hidup di zaman penindasan dan penzaliman. Kerajaan menindas dan menzalimi (menekan hidup) yg miskin dan mereka hidup dengan kemewahan. Orang kafir menindas dan menzalimi org Islam. Tetapi orang Islam yg lain hanya melihat dan bercakap. Bila terkena batang hidung sendiri baru melatah nak bertindak.

Persoalannya sekarang ini, di manakah kekuasaan kita untuk bertindak? Mereka (orang Islam) yg berkuasa hanya banyak berkata, tak membuahkan tindakan apa-apa. Kita yg lemah ini apalah daya. Tetapi kita mampu mengumpul kekuatan untuk beroleh kuasa.

Visi Emas… Ianya visi mengenai zaman kebangkitan Islam. Seruan kepada umat Islam yg lemah, tidur dan leka dengan keenakan dunia untuk bangun menggegarkan dunia. Menjadi manusia berhati emas. Bertindak menyedarkan tangan yg menghancurkan dunia untuk kembali membina dunia. Kembali kepada fitrah yg diilhamkan Allah Al-Mu’iid, Al Muqsith (Maha mengembalikan, maha menyeimbangkan).

Siapalah diri aku yg hina ini. Namun ini adalah tanggungjawab kita sesama Islam menyampaikan. Bila kita bergabung dan saling berganding membina kekuatan, kita bersedia untuk berjuang ke arah zaman kebangkitan Islam. Zaman kekhalifahan (Imam Mahdi & Nabi Isa a.s.) berada di depan kita. Aku berdoa pada Allah moga ditarikkan nyawaku tatkala Islam berada di puncak, setelah aku berusaha ke arahnya, kerana aku tidak sanggup melihat kehancurannya. Dan aku tidak sanggup mati setelah dikafirkan Dajjal.

“Tiada tuhan yg aku sembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad s.a.w itu pesuruh Allah. Allahuakbar!!”

p/s: rujukan tambahan.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: