US serang Libya kerana Dinar Emas

28 05 2011

Motif serangan US terhadap Libya seperti yg terpampang di dada akhbar adalah kerana kekacauan politik yg berlaku di negara ke 17 terbesar pengeluar minyak utama menyebabkan harga minyak melambung naik. US terpaksa bertindak kerana US, walaupun populasinya hanya 5% dari penduduk dunia, tetapi menggunakan 25% dari bahan api fosil dunia.

Motif sebenar serangan US adalah kerana Libya ingin memperkenalkan penggunaan matawang dinar emas di Afrika dan di negara Islam dan mendapat sambutan terutamanya dari negara2 Afrika. Kenapa bukan negara2 Islam ye?

Pada tahun 1933 Raja Abdul Aziz (Ibn Saud) dari Arab Saudi menginginkan emas sebagai medium pertukaran untuk minyak. Usul Dr. Mahathir untuk penggunaan Dinar Emas dalam persidangan OIC 1996 tidak mendapat jawapan dari badan anggota. Sehinggalah pada 2001 berlaku kesusutan nilai dollar USD mencecah 33%, negara2 Arab yg menjadi pengeksport minyak tidak sanggup mengalami kerugian telah duduk semeja, berbincang untuk menetapkan harga minyak berdasarkan dinar dan dirham. Namun Liga Arab masih tidak mempunyai kuasa bertindak.

Muammar Gaddafi adalah pemimpin negara kedua selepas Saddam Hussein, yg menganjurkan dasar menukar sandaran harga minyak dari US dollar kepada matawang yg lain. Penggunaan Dinar Emas untuk tukaran dengan minyak ini pastinya akan menggugat US Reserve Bank yg menjadi “ibu” kepada segala bank yg berasaskan wang fiat riba ini. Sistem baru dagangan dunia yg menggunakan Dinar Emas ini pasti akan mengubah titik keseimbangan ekonomi dunia.

Bayangkan jika US dan kuasa2 besar dunia seperti NATO pastinya tak senang apabila berlakunya perkara ini. Bayangkan jika mereka ingin membeli minyak, negara pengeluar minyak bersepakat berkata ” Mintak maaf, harga minyak dah naik. Kami mahukan emas”. Bukan janji tapi pasti lambat laun ini pasti akan berlaku. Ekonomi dunia semakin tenat. Barrack Obama mengumumkan defisit sebanyak 1.65 trilion bajet 2011 US. Ini pastinya bukan perkara menggembirakan diri kita.

Marilah bertindak bijak, kita mungkin tidak mampu mengubah dasar kewangan negara, apatah lagi dunia. Bayangkan anda memiliki segumpal besar wang kertas pun, sekejapan sahaja habis kerana peningkatan harga barang.  Tukarlah simpanan anda kepada emas fizikal yang semakin meningkat nilainya, kuasa beli anda bertambah, simpanan anda selamat dan ekonomi anda sejahtera.

rujukan tambahan


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: