Panji Hitam dari Timur

15 06 2011

Sejak bulan April yg lepas, dengan takdir Allah banyak perkara yg luar biasa telah aku lalui, di sepanjang pencarian aku. Bagaimana hebatnya kuasa tuhan yang mengilhamkan sebahagian umat Islam di muka bumi ini mengalami revolusi IQ, EQ dan SQ seakan membuat persediaan mengenai kebangkitan Islam di akhir zaman. Menguatkan dalil ilmi & dalil akli yg selama ini pernah kita dengari atau pelajari.

Aku pernah diberitahu tentang kelahiran Al-Masih Al Dajjal, tentang keluarnya Yakjuj & Makjuj ke muka bumi yg membawa kehancuran. Begitu juga tentang kelahiran Imam Al-Mahdi (Imam ke-12) dan turunnya Nabi Isa A.S. ke muka bumi, semuanya pernah diberitahu sejak kecil. Kini bila melihat tanda-tanda akhir zaman semakin banyak yg muncul, aku yakin masanya tidak lama lagi. Jika tidak sezamanku, ia sedekat zaman anakku atau cucuku sebegitu dekatnya. Naluriku  kuat mengatakan, zaman kebangkitan Islam itu sudah dekat, hanya di hujung nyawaku saja..

Baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis riwayat Jabir menyatakan:
Jarak antara kiamat dan kebangkitanku, seperti antara jari telunjuk dan jari hantu. Maksudnya dekat dan tidak dipisahkan dengan kebangkitan mana-mana nabi lagi.

(Hadis riwayat Bukhari dalam kitab al-Tafsir 8/530 Muslim dalam kitab al-Fitan, bilangan 2950)

Ilmu baru yg aku pelajari (pertama kali mendengarnya) ialah tentang kebangkitan Panji Hitam dari Timur. Berikut adalah hadis mengenainya:

Pembawa bendera (Panji Hitam) Al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku bani Ta Mim yg datang dari Timur.

(Ibnu Majah)

Akan ada orang-orang yg keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk Al-Mahdi, yakin pemerintahannya.

(Ibnu Majah)

Al-Mahdi akan datang setelah muncul pasukan Panji Hitam dari Timur yg mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun!

(Ibnu Majah)

Akan datang Panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan besi (kecekalan dan keberanian mereka dalam perjuangan). Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang dan bersetia kepada mereka, sekalipun kamu terpaksa merangkak di atas salji!

(Riwayat Al-Hafis Abu Naim)

Berdasarkan hadis2 sahih di atas, benarlah tentang bakal wujudnya pasukan pembawa Panji Hitam dari Timur yg tidak pernah kalah dan menerajui sebuah pemerintahan (kerajaan). Imam Mahdi lahir selepas pasukan Panji Hitam dari Timur ini menubuhkan kerajaan di celah kekalutan dan kehancuran dunia. Pasukan ini akan bergerak dari Timur dan menyerahkan Panji Hitam kepada Imam Mahdi.

Pastinya perkara yg bermain di fikiran:

  • “Siapakah mereka yg ditakdirkan Allah membawa Panji Hitam dari Timur ini?”
  • “Di manakah dia suku Bani Taa Mim ini? Bani2 ini bukankah asalnya dari negara-negara Arab? Kenapa dari Timur?”
  • “Bagaimana pasukan Panji Hitam ini bangkit, berkerajaan dan hendak menyerahkan Panji Hitam dari Timur ini sedangkan Yahudi sejak dari dulu lagi mencari dan ingin menghapuskan mereka ini? Jika Yahudi tahu, pasti sudah diburu, ditangkap dan dibunuh!”

Wallahu a’lam.. Allah yg Maha Mengetahui.

3 bulan kebelakangan ini aku meneruskan pencarian mencari jawapan 3 soalan di atas. Alhamdulillah, Allah memberiku petunjuk dalam pencarian. Jawapannya telah ku temui, namun aku masih meneruskan kajian untuk membuktikan kesahihan apa yg ku pelajari ini. Seorang sejarahwan telah ku temui untuk mendalami ilmu ini. Beliau mengkaji menerusi Al-Quran & Hadis, penemuan bukti artifak  dan merujuk pada hasil catatan kitab sejarah dan agama. Ilmunya tentang sejarah memang hebat.

Namun apabila melihat dirinya sebagai seorang manusia, dirinya masih tidak lari  dari sifat haloba. Perjuangan akhir zaman ini bukan wang ringgit yg berharga, kerana wang itu akan jadi kertas yg tak bernilai satu masa nanti. Apa yg penting ialah keikhlasannya  dalam perjuangan dan mengharapkan balasan syurga.

Aku terduduk sebentar memikirkan langkah yg patut ku ambil untuk meneruskan pencarianku.. Ya Allah, berikanlah petunjuk..


Actions

Information

One response

24 12 2012
adel

ya..sebentar lagi mereka akan muncul.kemunculan mereka membuat kaget bangsa bangsa di dunia.mereka mendirikan kalifah islam yg telah lama terpendam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: